Friday, March 16, 2012

Masak-Masak : My 1st Attempt

Assalamualaikum :)

Frankly speaking, aku bukanlah kategori gadis rajin ke dapur. Nak2 kalau suruh masak.. Memang aku pass kat adik aku je. hahaha. Boleh bayangkan tak betapa pemalasnya aku nak jejak kaki ke dapur sampaikan nak hidangkan seteko kopi panas kat tetamu pun aku ambik masa setengah jam. Ye setengah jam beb! Lepas setengah jam aku tak keluar, tetamu tu sendiri yang masuk dapur bancuh air untuk diri sendiri. Ok tipu je. Ni kisah 3 tahun lepas. Masa tu aku reti bancuh air milo je sebab aku penggemar tegar milo. Cerita zaman sekarang, aku bukan saja handal membancuh air, malahan turut handal memasak.wakwakwakwak

Lihat gambar di atas. Ya itu nasi lemak aku buat sendiri tanpa pertolongan sesiapa. *See see kan aku dah cakap aku boleh memasak :D

Why on earth ek kau rajin sangat masak? Selama ni kau bangun2 pagi je breakfast dah siap hidang kan.. Mesti rajin bersebab. Bajet aku tak tahu la tu..

Yes, sebuah kerajinan mesti didatangkan dengan sebuah alasan. *BM fail, yes i know.. :')

Minggu tu ayah ada bowling tournament kat penang lantas beliau mengangkut sekali mama dan dua orang adikku yang masih mentah. Dua orang lagi adikku yang masing2 sudah agak matang, dititipkan kepadaku untuk dijaga. Cewaahh cewaahhhhhh ><

Lantas bertungkus lumuslah aku memasak demi menjaga perut adik-adikku supaya mereka sentiasa kenyang. *marilah kita memperkasakan bahasa ibunda. Ayuh! :D

Ok berbalik kepada nasi lemak. Punyalah berkobar-kobar nak masak, lepas subuh terus bertenggek dekat dapur. Tung tang tung tang tung tang siap! (sila rujuk gambar di atas). Tengok jam baru pukul 8.30 pagi kot. Adik aku lepas subuh terus terbongkang balik. Dengan sopan santunnya aku kejut diorang bangun, suruh makan nasi lemak. (hanya adik2 aku tau bagaimana kesopansantunan aku time kejut diorang bangun.ngehngehngeh) Tak kira diorang kena bangun makan nasi lemak jugak! Appreciate la sikit hoi penat jerih aku bersengkang mata masak nasi lemak ni.. muehehehe...

Tengah hari pulak, we olls masak nasi minyak hujan panas + ayam masak merah + daging masak hitam + acar timun.. Main campak2 and tadaaaa nilah hasilnya :D

Ohh2 yang ni my first attempt fettucine carbonara. Bila masa tah aku buat tengok2 dah ada je dalam album..hehe. Haritu aku pernah la jugak beli instant punya carbonara and the taste is like yucks apa benda ni? Aku masak lagi sedap kot! (cehh perasan). Untuk membuktikan yang aku masak lagi sedap dari carbonara instant tu, aku pun masak. haha. Campak punya campak punya campak..tadaaaaa! (sila rujuk gambar di atas) Berdasarkan responden yang telah mencuba carbonara aku, 5/5 bersetuju bahawa carbonara aku yummies! :D


Conteng: Mama cakap kalau boleh masak dah boleh kahwin. Kan ma kn... ;)