Assalamualaikum :)
Haritu kite balik berjimba-jimba time study week, memang berjimba habis, buku haram tak usik.ngehngehngeh... Balik hari jumaat, esoknya ada kenduri kat rumah aunty. Kenduri doa selamat sebab Imran nak fly further study di London tak lama lagi. Ok mari cuci mata tengok gambar-gambar ni..
This is Baby E. Time kami datang dia sedap tidur bawah kipas. Tak sampai 10 minit dah bangun. Ni mesti aunty2 noti kacau ni..
Lembut betul kain baju ni. Tengok sikit brand ape..
Baby E and Mak Ngah. Both subjects are adorable!
*jangan baca kalau rasa loya* ;p
Kite jarang balik rumah so bila sesekali balik tu asyik nak berkepit dengan Baby E je. Semua kite nak buat sorang-sorang. Bak sini nak dukung baby. Bak sini biar baby duduk dengan akak. Bak sini nak suap baby makan. hehehe. But then tengah beronok-ronok bagi budak kenit ni makan, tetiba dia tersedak. Hah mengelabah ayam kau tak tahu nak buat apa, terus pass dekat Ira.haha..
"Apa lah kau ni! Kalau baby tersedak buat lah macam ni. Ish tak boleh kahwin lagi kau ni," Ira mengajar sambil mengusap-usap belakang Baby E, secara tidak langsung cuba mempertikaikan kredibiliti seorang gadis.wuwuwu
Seriously bukannye kite tak tahu kalau baby tersedak kena buat apa. Tapi sebab terkejut, semua benda jadi lupa. Nak2 bila terpaksa cover macho depan mamat cun yang dari tadi dok usha skill kite menjaga anak. Ciss jatuh saham kite. Ok bye handsome ;(
Lepas makan haruslah exercise! kata si baju pink
Gambar-gambar ini diambil ketika kenduri doa selamat. Mana gambar makan? Harap maklum ketika diumumkan oleh tuan rumah untuk acara menjamu selera, kami terus lupa daratan dan membiarkan kamera comelku bergelimpangan lantas berlari-lari anak menuju ke tempat hidangan bufet ;p
Conteng: Harus belajar kursus keibubapaan daripada sekarang.